My Protein Shop: 5 Tips Untuk Kempiskan Perut (Cara Natural)

Monday, 25 June 2012

5 Tips Untuk Kempiskan Perut (Cara Natural)

How To Cut Belly Fat In 1 Week
5 Tips Untuk Kempiskan Perut:
++++++++++++++++++++++

1) Makan makanan yang betul

Untuk mengempiskan perut kita perlu makan makanan yang seimbang didalam makanan harian kita kerana diet yang betul boleh membuang lemak di bahagian perut. Makan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, “lean protein” , ikan dan the hijau.

2) Tinggalkan makanan ringan atau fast food
Makan makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul di bahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya menggelakkan mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makan bergoreng (”deep fried food” ), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.
 

3) Berhenti makan lewat malam.
Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur.
 

4) Kurangkan minum soda, jus atau minuman bergula.
Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Berhenti minum minuman bergula dan banyakkan minum air kosong atau air mineral.
 

5) Latihan kardio dan berat.
Melakukan senaman kardio adalah amat penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti jogging, berjalan. Dan menaiki tangga. Diharap dengan tip-tip yang diberi dapat membantu anda dalam usaha anda mendapatkan bentuk

No comments:

Post a Comment